Wednesday, May 7, 2008

Pemakanan Ikan

Ikan ini hanya diternak selama 5 bulan

Apakah F.C.R

FCR adalah singkatan kepada Food Convertion Ratio, dalam bahasa Melayu ialah kadar tukaran makanan. Untuk senang nak faham, maksud FCR ialah berapa kilogram makanan yang diberi untuk jadikan sekilogram berat badan ikan. Biasanya di dalam kaedah saintifik, ia ditulis 2:1, iaitu 2 kilo makanan untuk dapat 1 kilo berat ikan. Dalam bahasa rojak perikanan ia dipanggil FCR 2. Untuk ikan air tawar FCR biasanya antara 1.5 hingga 2.5, bergantung kepada jenis ikan dan makanan yang diberi.


Apa Pentingnya FCR

Kepada penternak, apa yang dicari ialah keuntungan. Dengan FCR, penternak dapat menjangkakan berapa banyak makanan yang perlu diberi untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum. Kadar FCR dan masa ternakan adalah berkait rapat. Sebagai contoh, FCR 2 untuk ternakan selama 6 bulan, dan FCR menjadi 2.2 jika masa ternakan selama 5 bulan bagi spesies ikan yang sama. Kaedah ini yang digunakan oleh penternak bangsa lain bagi meningkatkan keuntungannya.

Ada sesetengah penternak takut mahu memberi ikan makan dengan kadar yang banyak, tetapi masa ternakan menjadi panjang sehingga 8 bulan, sedangkan jika bagi makan yang banyak atau mengikut jadual yang sepatutnya, masa ternakan menjadi singkat sehingga 5 bulan. Ini yang terjadi kepada kebanyakan penternak ikan tilapia di Malaysia.

5 comments:

buckrogers said...

fuyooo..baru 5 bulan dah besor cenggitu..respek la bang..FCR berapa bang utk tilapia tu?..moga bertambah maju & dimurahkan lagi rezeki..amin

fox said...

akum abg...sy berminat dlm bidang perikanan ni tp modal x cukup....angaran abg kalau sy nak mula dlm bidang penternakan ikan talapia ni berapa agak2....lg satu masalah sy adalah hendak mencari benih ikan ini....sy asal perak...kat mane sy blh dapakan benih..

Shahrir a.k.a Ober said...

Mekasih buckrogers. Sori lambat reply. FCR bagi tilapia biasanya antara 1.5 - 2.0. Tilapia ni kena push makan, baru boleh cepat besar. Boleh untung dari segi masa dan cycle dalam setahun.

Shahrir a.k.a Ober said...

Mekasih Fox Benih kat Perak paling senang, kat bidor ada, kat malim nawar pon ada. Ikan tilapia nih kena modal tinggi sikit, terutama pada makanan. Kalau nak ternak secara intensif, kena ada paddle wheel. Saya cuba nak didik penternak Melayu supaya jangan kedekut bagi makanan ikan. Memang nampak takut sebab kita tabur duit dalam kolam. Tapi hasilnya kemudian akan berbaloi. InsyaAllah.

annisa_nasir said...

nak tanya kolam ikan bang kat mana?leh x saya pi jalan2 nak tengok sambil2 tu nak cari benih ikan puyu.ada jual x makanan nya?