Wednesday, May 7, 2008

Update harga benih


Pemakanan Ikan

Ikan ini hanya diternak selama 5 bulan

Apakah F.C.R

FCR adalah singkatan kepada Food Convertion Ratio, dalam bahasa Melayu ialah kadar tukaran makanan. Untuk senang nak faham, maksud FCR ialah berapa kilogram makanan yang diberi untuk jadikan sekilogram berat badan ikan. Biasanya di dalam kaedah saintifik, ia ditulis 2:1, iaitu 2 kilo makanan untuk dapat 1 kilo berat ikan. Dalam bahasa rojak perikanan ia dipanggil FCR 2. Untuk ikan air tawar FCR biasanya antara 1.5 hingga 2.5, bergantung kepada jenis ikan dan makanan yang diberi.


Apa Pentingnya FCR

Kepada penternak, apa yang dicari ialah keuntungan. Dengan FCR, penternak dapat menjangkakan berapa banyak makanan yang perlu diberi untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum. Kadar FCR dan masa ternakan adalah berkait rapat. Sebagai contoh, FCR 2 untuk ternakan selama 6 bulan, dan FCR menjadi 2.2 jika masa ternakan selama 5 bulan bagi spesies ikan yang sama. Kaedah ini yang digunakan oleh penternak bangsa lain bagi meningkatkan keuntungannya.

Ada sesetengah penternak takut mahu memberi ikan makan dengan kadar yang banyak, tetapi masa ternakan menjadi panjang sehingga 8 bulan, sedangkan jika bagi makan yang banyak atau mengikut jadual yang sepatutnya, masa ternakan menjadi singkat sehingga 5 bulan. Ini yang terjadi kepada kebanyakan penternak ikan tilapia di Malaysia.

Tuesday, May 6, 2008

Sebut Harga Benih Ikan Air Tawar




Assalamualaikum kepada penternak semua.

Di sini saya sertakan senarai harga benih ikan untuk tempahan para pembeli. Harga benih tersebut termasuk penghantaran. Senarai harga ini akan di kemaskini jika ada sebarang perubahan. Tawaran harga dan penghantaran ini adalah untuk negeri Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka sahaja.

Pembeli benih akan diberi khidmat nasihat percuma dan jadual pemakanan bagi setiap spesies ikan yang dibeli mengikut Food Convertion Ratio (F.C.R) dan Specific Growth Rate (S.G.R).
Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi saya, Shahrir Salleh di talian 013-2351706. (sila sms atau tinggalkan pesanan jika talian tidak dapat dihubungi). Atau email ke innerex@yahoo.com
Wassalam